SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Khamis, 8 November 2012

PELANCARAN 1 BUKU 1 KELUARGA 2012



RABU, 3 OKTOBER 2012 Pusat Sumber DESSO mengadakan Majlis Anugerah NILAM dan Pelancaran 1 Buku 1 Keluarga di Dewan Warisan hari ini. Majlis disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Wan Ahmat bin Wan Manan, yang mewakili Pengetua Cemerlang, Encik Abdul Rahman bin Husin.

Menurut Guru Perpustakaan dan Media, Puan Norhayati binti Rajak, pelancaran program 1 Buku 1 Keluarga untuk menambahkan bilangan buku baharu di Perpustakaan dengan kerjasama daripada ibu bapa pelajar sekolah untuk mendermakan sekurang-kurangnya sebuah buku baharu kepada Pusat Sumber DESSO.

Dalam majlis itu juga diadakan penyampaian hadiah kepada pelajar yang layak meperoleh anugerah kategori gangsa, perak, emas, dan nilam berdasarkan jumlah buku yang dibaca. Di samping itu, hadiah turut disampaikan kepada guru yang meminjam dan membaca buku paling banyak sepanjang Program NILAM Guru dilaksanakan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd, dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, Tuan Haji Md. Rahim bin Yahaya, selain guru Pusat Sumber Sekolah. Semua guru dan pelajar dihiburkan dengan tayangan multimedia termasuk petikan daripada filem "Pendekar Bujang Lapok" dan Upin Ipin yang dapat menggambarkan kepentingan membaca buku. 






1 ulasan: