SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Isnin, 27 Februari 2012

PENGAWAS PSS TERIMA WATIKAH

PENGAWAS PSS yang dilantik untuk membantu guru dan melancarkan perjalanan PSS mulai awal tahun ini menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini.


Seramai 37 orang pengawas menerima watikah tersebut dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012 di Dewan Warisan. Acara perasmian dan penyampaian watikah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Encik Awang bin Ibrahim.
Sebahagian Pengawas PSS sedang mengikuti ucapan perasmian
Ketika berucap, Encik Awang menasihati pengawas agar sentiasa bertugas dengan baik, tidak berputus asa, dan menghadapi kritikan daripada orang lain dengan tabah.

Seorang Pengawas PSS sedang menerima watikah pelantikannya daripada Pegawai Pelajaran Daerah Dungun
Dalam majlis yang sama, Pengawas Sekolah, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, ketua 10 Unit Badan Beruniform, dan semua Ketua Tingkatan turut menerima watikah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan