SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Khamis, 8 November 2012

MAJLIS ANUGERAH NILAM 2012


MAJLIS ANUGERAH NILAM 2012


Pada 3 Oktober 2012 bersamaan hari Rabu bertempat di Dewan Warisan SMK Sultan Omar telah berlangsung majlis yang gilang gemilang bagi menghargai  kesungguhan para pelajar dan guru dalam pencapaian NILAM. Tahniah dan Syabas!  diucapkan kepada penerima anugerah kerana usaha mereka menghargai dan  memartabatkan budaya membaca di sekolah ini. 
Seramai 69 pelajar layak menerima anugerah tersebut. Seramai 64 layak menerima gangsa, 1 perak, 1 Emas dan 3 Nilam. Nilam pada tahun ini juga dilihat ada peningkatan kerana berlaku peningkatan jumlah calon yang mengambil bahagian. Ini juga merupakan berkat kesungguhan guru NILAM yang diketuai oleh Cikgu Hartini Bt. Mohd Nor, Cikgu Salwati Bt. Muda dan Cikgu Normaziah Bt Sidek yang bersungguh-sungguh memberi semangat kepada pelajar untuk terus membaca dan menambah ilmu pengetahuan.
Majlis turut diserikan dengan anugerah NILAM guru peringkat sekolah yang turut menawarkan hadiah yang lumayan kepada guru yang aktif. Tempat pertama anugerah Nilam Guru ialah Pn. Rozita Bt Mohd Kassim membawa pulang baucer buku bernilai RM200.00, tempat kedua ialah Pn. Farhah Bt Abd Khanan membawa pulang baucer buku bernilai RM150.00 dan tempat ketiga ialah Pn. Zaini Bt. Jusoh membawa pulang baucer bernilai RM100.00. Semoga acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada semua pelajar, guru dan staff DESSO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan