SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Selasa, 6 Mac 2012

HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMENANG NILAM

GURU Perpustakaan dan Media, Puan Norhayati binti Abdul Rajak mengumumkan pemberian hadiah lumayan kepada pelajar dan guru yang berjaya dalam aktiviti Nilai Ilmu Amalan Membaca (NILAM) sepanjang tahun ini.


Pelajar yang meminjam buku paling banyak di Perpustakaan dan membuat catatan tentang bacaan sehingga 500 buah buku berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebuah basikal Fixie. Selain itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) turut menawarkan Kamus Besta sebagai hadiah pertama, hamper dan alat tulis yang bernilai RM150.00 untuk hadiah kedua, dan hamper dan alat tulis yang bernilai RM100.00 bagi hadiah kedua.

Puan Norhayati mengumumkan hal itu semasa Perhimpunan Mingguan Kokurikulum pada pagi ini.

Menurutnya lagi, guru yang menyertai aktiviti itu pula berpeluang untuk memenangi hadiah buku yang bernilai RM200.00, RM150.00 dan RM100.00 masing-masing bagi tempat pertama, kedua, dan ketiga.

Pelajar dan guru boleh meminjam, membaca dan membuat catatan sebanyak mungkin buku sehingga bulan Oktober nanti.

PSS telah melancarkan Program NILAM 2012 yang disempurnakan oleh Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman Husin pada 28 Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan