SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Sabtu, 31 Mac 2012

AWASI ANAK-ANAK LAYARI LAMAN SOSIAL

GURU Perpustakaan dan Media, Puan Norhayati binti Abd. Rajak berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-35 DESSO petang ini tentang tindak-tanduk anak-anak semasa menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau berharap agar ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak terutamanya ketika melayari laman sosial, seperti Facebook, dengan harapan anak-anak tidak memuatkan bahan atau maklumat yang tidak bermoral tentang diri dan orang lain. Menurutnya, semasa berkursus baru-baru ini, beliau diberitahu bahawa terdapat majikan yang memantau laman sosial untuk mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh pekerja dan calon pekerjanya. Oleh itu, sekiranya terdapat anak-anak yang sentiasa menghabiskan masa dengan melayani laman sosial dan memuatkan bahan yang tidak baik, kemungkinan besar anak-anak itu tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Selain itu, beliau berharap ibu bapa sentiasa menggalakkan anak-anak membaca buku dan membuat catatan serta bercerita tentang buku yang dibaca. Beliau mahu program NILAM yang dilaksanakan oleh PSS dapat mencapai matlamatnya.

1 ulasan:

  1. Salam..Tahniah utk pasukan PUSBER DESSO...teruskan kecemerlangan kalian...

    Daripada : WARGA PPIKIBP DESSO

    www.istimewapkbpsmkso.blogspot.com

    BalasPadam