SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Rabu, 28 Mac 2012

PEMBANTU PSS BERTUKAR

PSS DESSO bakal kehilangan pembantu PSS yang berpengalaman, Puan Syarifah Habibah binti Md Noor, apabila dia ditukarkan ke SMK Seri Dungun mulai bulan April ini. 


Puan Syarifah Habibah yang lebih dikenali dengan panggilan Yana dalam kalangan guru dan kakitangan DESSO dan Kak Yana dalam kalangan pelajar, telah menerima surat arahan bertukar daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Puan Syarifah Habibah atau Kak Yana

Yana mula bertugas di sekolah ini pada tahun 1999 sebagai kakitangan sokongan. Semasa Encik Jain bin Awang  menjadi Pengetua, Yana diletakkan sebagai pembantu Perpustakaan. Tugasnya itu berterusan semasa pentadbiran Encik Ab Malik bin Musa Dali dan Encik Abdul Rahman bin Husin. Pada masa yang sama, Yana berkhidmat di bawah tiga orang Guru Perpustakaan dan Media, bermula dari zaman Cikgu Noorrashima binti Ismail, Cikgu Suhaimi bin Mohd Salleh, dan yang terakhir, Cikgu Norhayati binti Abd Rajak.

Yana terlibat dalam perpindahan Perpustakaan yang sebelumnya terletak di Blok Makmal Sains ke Blok Koperasi yang ada sekarang. Yana juga mengendalikan sistem automasi PSS, iaitu penggunaan komputer dalam sistem pendaftaran dan peminjaman buku.

Walaupun pertukarannya berkuat kuasa mulai 1 April 2012, difahamkan bahawa Yana telah membuat permohonan untuk menangguhkan tugasnya di sekolah baharu itu untuk menyelesaikan beberapa hal di sekolah ini.

Sementara itu, Guru Media DESSO, Puan Norhayati binti Abd Rajak berharap pengurusan DESSO berusaha agar Yana dapat kekal di sekolah ini buat beberapa ketika lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan