SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Khamis, 8 Mac 2012

FADZILLAH AISYAH WAKILI DUNGUN

DESSO sekali lagi menampilkan warga yang berkebolehan tinggi apabila seorang pelajar tingkatan lima terpilih untuk mewakili daerah Dungun dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri Terengganu.

Pelajar tersebut, Fadzillah Aisyah binti Fadzil Suhaimi, pelajar Tingkatan 5 Premier, dipilih setelah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam sesi penilaian dan pemilihan yang dilakukan pada awal minggu ini.

Fadzillah Aisyah akan menjalani sesi ujian bersama dengan wakil dari daerah lain di seluruh Terengganu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, pada 19 hingga 21 Mac ini. Dia akan bertanding bagi peringkat Sekolah Menengah Kategori Bandar.

Pada tahun 2005, SMKSO mengemukakan pelajar lelaki, Che Khairul Anuar bin Che Amri dan memperoleh naib johan. Pada tahun berikutnya, 2006, Azzattie Intan Suraya binti Zamani pula terpilih dan mengharumkan nama sekolah dengan muncul sebagai johan dan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan