AHAD, 26 FEBRUARI 2012 - Berikutan dengan beberapa penambahbaikan struktur dan penceriaan landskap yang dilakukan sepanjang tahun 2011 lalu, PSS DESSO memperoleh taraf lima bintang.
PSS yang diketuai oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Noorhayati binti Abdul Rajak telah mewakili daerah Dungun dalam penilaian PSS Cemerlang Negeri Terengganu tahun 2011. Pada hujung tahun lepas juga, PSS DESSO antara PSS di daerah Dungun yang dianugerahi Anugerah PSS Cemerlang Daerah Dungun oleh Pejabat Pelajaran Daerah Dungun bersempena dengan Hari Kualiti jabatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan