SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Selasa, 28 Februari 2012

PSS LANCAR PROGRAM NILAM

PUSAT Sumber Sekolah melancarkan Program Nilai Ilmu Amalan Membaca (NILAM) untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun 2012 pagi ini.


Pelancaran program disempurnakan oleh Pengetua Kanan DESSO, Encik Abdul Rahman bin Husin, dan turut disertai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, dan semua Guru Kanan Mata Pelajaran.


Majlis pelancaran juga diserikan dengan persembahan pasukan koir sekolah dan kumpulan nasyid sekolah, deklamasi sajak dan penyampaian syair. Selain itu, pelajar yang hadir berpeluang memenangi cenderamata dengan menjawab soalan kuiz spontan.
Pengetua sedang menandatangani gimik pelancaran NILAM
Program NILAM pada tahun ini menawarkan hadiah lumayan kepada pelajar. Dengan meminjam buku di Perpustakaan dan membuat catatan tentang buku yang dipinjam, pelajar berpeluang memenangi Hadiah Peminjam Terbanyak, dengan hadiahnya terdiri daripada baucer buku, basikal Fixie, dan kamus elektronik.


Guru juga berpeluang memenangi hadiah melalui pakej khas dengan meminjam buku di Perpustakaan. Kedua-dua pakej bermula dengan pinjaman buku mulai bulan Februari hingga Oktober.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan