SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Ahad, 15 Julai 2012

Berita terkini


Buku dan Majalah terkini

Jumlah buku terkini yang terdapat di Perpustakaan telah menjangkau hampir 40,000 buah buku. Dalam usaha memartabatkan  budaya membaca kami dibawah unit Perpustakaan  telah berusaha mempelbagaikan  jenis buku dan majalah untuk menarik minat membaca dikalangan semua warga DESSO khususnya kepada para pelajar. Oleh  itu kami memperkenalkan beberapa buah buku baru yang sedang hangat dipasaran sekarang. Kami juga mengalu-alukan saranan dan cadangan daripada guru dan pelajar untuk mencadangkan buku-buku yang boleh menambahkan lagi minat kita untuk mendalami ilmu pengetahuan. Berikut adalah antara  buku baru dan majalah langganan kami untuk anda semua. Selamat membaca dan selamat beramal...


Buku-Buku terkini...



Peraduan membina dialog kreatif

Pada bulan Mei- Jun 2012 Pusat sumber telah mengadakan peraduan membina dialog  khusus untuk mencari pelajar-pelajar yang berbakat dan kreatif. Setelah sebulan acara berlangsung maka kami mengumumkan pemenangnya. Pelajar yang mendapat hadiah saguhati ialah Saudari Nur Azlina Bt Nazri dari kelas 2B, tempat ketiga saudari Nursalwani Bt. Rosli dari kelas 5c, tempat kedua Nursuhaibah Ahmad Lee dari kelas 5B dan tempat pertama saudara Ahmad Hamka Bt. Bahrin dari kelas 2A. Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang belum bernasib baik boleh mencuba lagi dikuiz akan datang.

Peraduan membina dialog kreatif.

Khidmat bantu mantan Pembantu Pusat Sumber 

Pada 10hb-12hb Julai PSS SMK Sultan Omar telah mendapat khidmat bantu daripada mantan pembantu pss iaitu kak yana bagi membantu kerja-kerja di Perpustakaan. Beberapa orang pengawas Pusat Sumber dan Guru Perputakaan telah diberi taklimat dan bengkel intensif oleh kak yana tentang cara  dan teknik proses buku menggunakan sistem automasi S-Lib dengan betul.Alhamdulillah kerja memproses berjalan lancar dan Pengawas PSS serta guru Perpustakaan lebih memahami bidang tugas kerja mereka. Terima kasih kak Yana nanti kami mohon sumbang khidmat bantu lagi yer...

Pengawas pusat sumber yang sedang mengemaskini buku...

Pelupusan buku

Mulai awal Julai ini kerja-kerja  aktiviti merekod dan melupus buku2 lama sedang dijalankan di Perpustakaan. Oleh itu diharapkan semua pelajar yang masuk ke Perpustakaan tidak menganggu kerja-kerja tersebut.  Atas  kerjasama anda semua terima kasih kami ucapkan. Maaf Kesulitan amat dikesali.

Gangguan bekalan elektrik

Semenjak beberapa bulan kebelakangan ini pusat sumber telah mengalami beberapa kali gangguan bekalan elektrik terputus. Semua ini berpunca kerana sumber elektrik yang ada tidak dapat menampung jumlah penggunaan yang dipakai. Solusi untuk segala masalah ini ialah pendawaian semula harus dilaksanakan dalam kadar segera atas faktor keselamatan.  Namun halangannya ialah sumber dana. Tiada peruntukan khusus yang boleh digunakan untuk  kerja-kerja pendawaian tersebut. Oleh itu kami mengharapkan kepada mana-mana penyumbang yang ingin membantu kami terutama kepada bekas-bekas pelajar DES – SMK Sultan Omar dari tahun 1956 sehingga sekarang agar dapat membantu kami mengatasi masalah ini. Kos anggaran pendawaian semula ini dianggarkan sekitar RM20k berdasarkan kajian yang dilakukan oleh JKR pada tahun 2010.Tolong kami ....bantu kami....

Perkhidmatan upgrade/restoring laptop

Kepada mana-mana pelajar atau guru yang berminat untuk “mengupgrade/restoring” semula laptop, notebook, E-Book  mereka boleh berhubung dengan Pusat Sumber. Kami ada pakar yang dapat membantu anda. Sejumlah bayaran akan dikenakan bergantung kepada kesulitan yang dihadapi. Anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini boleh berhubung terus dengan pengawas PSS berkaitan iaitu saudara Mohamad Nor Rafiq dari kelas 4 Teknologi. Sila "backup" sebelum menghantar kerana dikhuatiri akan kehilangan data anda.

Majlis APC 2011

4hb Julai 2012 adalah hari bersejarah bagi PSS SMK Sultan Omar kerana 2 orang guru dan seorang pembantu  PSS telah dinobatkan untuk mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2011. Tahniah buat Cikgu Norhayati Abd Rajak selaku Guru Perpustakaan dan Media, Syarifah Habibah atau nama glamernya Kak Yana selaku pembantu Perpustakaan dan Cikgu Suhaimi Salleh selaku guru Perpustakaan.Semoga PSS terus maju di masa akan datang.Majulah PSS untuk DESSO yang cemerlang.

Gambar di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 (APC)


Pengawas PSS Cemerlang 2012

Setiap bulan Pusat Sumber tidak pernah melupakan sumbangan pengawas-pengawas PSS yang telah menunjukkan prestasi cemerlang mereka. Bagi menghargai sumbangan mereka  setiap bulan PSS akan menobatkan pengawas  yang layak diberi penghargaan dan mereka akan menerima sedikit saguhati berupa cenderamata daripada PSS. Semoga dengan sumbangan kecil ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka.Antara pengawas yang dinobatkan pada bulan April ialah Mohd Naim Bin Ishak , bulan Mei Mohd Nor Rafiq Rozimi dan bulan Jun ialah Munirah bt . Razli. Tahniah! kepada yang cemerlang .kepada pengawas yang belum dinobatkan lagi anda masih berpeluang untuk menunjukkan prestasi cemerlang anda.

Tayangan "movie" sempena Desso Fest

Sempena Desso Festival bermula dari 27hb-30hb Jun PSS di bawah unit Bilik tayang telah mengadakan tayangan movie untuk pelajar-pelajar yang berminat. Pelbagai filem terkini dan menghiburkan telah dipilih untuk tontotan pelajar-pelajar. Antara filem-filem yang ditayangkan ialah Mirror Mirror, Ghost Protocol, Johnny English dan beberapa filem melayu terpilih. Pelajar yang ingin menonton dikenakan yuran kemasukan dengan nilai kupon sebanyak RM2.00. Sepanjang 3 hari tayangan, PSS telah mendapat permintaan yang sangat menggalakan sehingga ada beberapa filem yang telah diulang tayang semula. Kutipan sehingga 3 hari ialah RM516.00. Permulaan yang baik dan tahniah kepada pengawas PSS yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan tayangan ini. Terima kasih juga kepada saudara Amirul dari kelas 5F yang turut membantu memperlancar tayangan sepanjang ianya berlangsung.

"Movie" yang ditayangkan:



Bengkel Pengurusan Pusat Sumber di UNISZA

Pada 18 Jun 2012 UNISZA telah mengadakan sebuah bengkel pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang bertajuk Kesedaran dan kesediaan melaksanakan projek Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Hanya 3 buah sekolah dari daerah Dungun yang  telah dipilih. Penyertaan terdiri daripada seorang guru penasihat beserta 2 orang pelajar. Pusat Sumber sekolah telah mewakilkan Mohd Naim Bin Ishak dan Mohamad Nor Rafiq Rozimi bersama guru pengiring iaitu Cikgu Norhayati Abd Rajak. Sepanjang bengkel berlangsung kami telah diberi pendedahan perihal pentingnya kesedaran mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pusat Sumber yang dilengkapi  teknologi ICT. Kami juga telah melihat sendiri demonstrasi Sistem yang telah berjaya diguna pakai oleh Pusat Sumber Unisza.

Gambar "Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah"

Program gotong-royong PSS

Pada 3hb-7hb Jun 2012 sepanjang minggu kedua  musim cuti persekolahan pengawas PSS  2012 telah bekerjasama dengan mantan pengawas PSS tahun 2010 dan 2011 telah  mengambil inisiatif mengadakan aktiviti gotong royong di Pusat Sumber. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya mengecat rak kasut, menyusun atur semula ruang, membaik pulih pintu bilik penyelaras serta beberapa lagi aktiviti. Antara mantan pengawas PSS yang hadir ialah Ihsan yang sekarang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 atas di SMK Aizek, Rakmal & Shafiq Politeknik Kuala Selangor,Iqbal, Sharmizan Sek Teknik KT dan Khairi Sek Tek Kemaman. Tahniah! Kepada semua pengawas PSS yang telah menjayakan aktiviti tersebut. 

Bekas pengawas PSS 2010 yang turut seta dalam aktiviti gotong-royong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan