SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Isnin, 30 Julai 2012

Lawatan PSS SMK Paka ke Pusat Sumber SMK Sultan Omar



Seramai 10 orang guru Pusat Sumber SMK Paka telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Pusat Sumber SMK Sultan Omar pada 24 Julai 2012 bersamaan hari selasa baru-baru ini .  Lawatan muhibbah ini  bertujuan untuk  berkongsi maklumat serta mendapatkan pendedahan dan pengalaman baru mengenai pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Lawatan singkat ini disi dengan aturcara taklimat ringkas di bilik pengetua kemudian guru-guru dibawa ke bilik tayangan untuk menonton slide video Pusat Sumber DESSO. Selepas itu guru-guru dibawa melawat ke bilik-bilik khas. Akhir acara kami bergambar beramai-ramai dan saling bertukar cenderamata kenangan.
Harapan kami semoga sedikit sebanyak dapat memberi info berguna buat PSS SMK Paka dalam menerajui PSS ke arah PSS Cemerlang, gemilang dan terbilang.  Terima kasih kerana sudi memilih PSS sekolah kami untuk perkongsian ilmu. Sampai jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan