SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Isnin, 14 Mei 2012

Lawatan sambil belajar 3 negeri


Pada  2hb hingga 5hb Mei 2012 baru-baru ini Pusat Sumber Sekolah SMK Sultan telah mengadakan lawatan ke 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Pahang.
Perjalanan dari SMK Sultan Omar ke USM mengambil masa  selama 10 jam. Sesampai sahaja pada jam 5.30 am  kami terus menuju ke tempat penginapan iaitu di Desa Cahaya Gemilang, USM. Setelah selesai urusan peribadi masing-masing kami bersedia untuk destinasi lawatan yang pertama iaitu ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau di kenali dengan nama CAP.


Sampai sahaja kami di CAP kami disambut mesra oleh Puan  Salehah Mohamad namun sayang kami tidak sempat untuk merakam gambar di pejabat urusan CAP kerana bergegas ke tempat taklimat sebenar di bangunan yang lain. CAP adalah Persatuan Pengguna yang paling aktif serta paling banyak menyumbang khidmat kepada masyarakat namun kawan-kawan nak tau hebatnya sumbangan yang mereka taburkan tidak sebanding dengan tempat mereka memberikan khidmat dan berkarya.  Pejabat urusan mereka boleh diumpamakan seperti pejabat pada zaman cerita P.Ramlee (Madu 3).Itu yang membuatkan kami berbangga dengan kesederhanaan mereka. Banyak maklumat serta nasihat yang kami perolehi.Terima kasih En. Roslan dan Pn.Salehah. Semoga CAP terus bersemangat dalam mencari dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat.



Destinasi kami yang ke dua ialah ke Bukit Bendera. Bukit Bendera berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. Dari Bukit Bendera ini kita akan dapat melihat panorama Negeri Pulau Pinang yang sangat indah. Untuk ke puncak kita boleh melalui 3 cara  iaitu menaiki keretapi dengan jarak 2KM, menaiki pajero  dengan jarak 5.1 KM atau berjalan kaki 2 hingga ke 3 jam. 



Destinasi kami yang seterusnya ialah membeli belah di Bazar Chowrasta. Turun sahaja kami dari bus ada seorang wanita telah menawarkan buah-buah jeruknya untuk kami rasa. Bukan setakat se je malah penuh mulut kami dengan buah jeruk free ni. Tapi usaha wanita ni memang berbaloi kerana lepas tu satu bus dok pakai serbu kedai jeruk dia.tak menang tangan dia dibuatnya. Itu lah orang berniaga tak bleh lokek. Tengok brapa punya untung da....nama kedai tu ialah Nasir Jeruk..tukang promosi tak bertauliah....
Destinasi yang seterusnya ialah ke Muzium permainan yang terbesar di dunia. Muzium ini terletak di Malaysia ? Jangan tidak percaya muzium ini terletak di Georgetown ,Penang ,Malaysia.
Terdapat lebih 100,000 permainan ,patung dan barang pengumpulan yang menarik. Muzium ini juga tersenarai dalam Malaysia Book of record sebagai muzium permainan pertama di Malaysia dan mempunyai permainan yang banyak. Menurut cerita tuan punya Muzium ni, asalnya kerana hobi beliau yang terlalu obses dengan barangan permainan yang membawa beliau megelilingi dunia untuk memenuhi minatnya itu. Hebatkan dari hobi bleh buat duit.
 Sebelah malam pula kami ke Up Town Batu Feringgi. Perjalanan menuju ke sana memang sangat mengujakan kerana jalannya seperti ular kena  palu. Sesampai sahaja di sana apa lagi kami pun cuci mata dan mula mencari apa sahaja cenderamata yang boleh dijadikan kenangan untuk dibawa pulang.
Berakhirlah episode hari pertama lawatan kami di Pulau Pinang. Selamat malam zzzzzzzzzz.............





Destinasi lawatan kami pada hari kedua ialah ke negeri Perak pula.  Hari ini kami berangkat ke Taiping. Destinasinya ialah Zoo Taiping.
Semasa di Zoo Taiping kami telah di bahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberi seorang pemandu pelancong.  Zoo...! bukan tak pernah pergi sebelum ini, tapi kali ini memang berbeza. Selama ini kita pergi tengok binatang sambil lalu sahaja namun bersama dengan pemandu pelancong kami diberikan banyak info dan panduan yang berguna. Kawan-kawan nak tahu pihak Zoo Taiping membelanjakan RM 1 juta setahun hanya untuk makanan binatang sahaja.oooo baru tahu. Binatang yang paling setia sekali ialah swan putih...bab tu la bila orang tengah asyik bercinta swan ini sering dijadikan mascot. Swan ini binatang paling setia kerana bila pasangannya mati dia tidak akan mencari pengganti. Unta pula adalah binatang paling lembut tapak kakinya sehinggakan pijak telur pun tak pecah.. Subhanallah..memang berbaloi ke Zoo kali ini.rasa macam nak jadi sukarelawan la pulak...

Destinasi yang kedua kami ke Muzium Perak. Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Kebanyakkan koleksi terawal muzium ini adalah bahan-bahan etnologi dan antropologi dll yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis benturong dan pulasan, tengkorak dan berpuluh kerangka binatang serta tembikar jenis perasapan yang kini hampir pupus atau sukar ditemui. Kebanyakan koleksi atau artifak ini diperagakan dalam empat galeri utama muzium yang ditempatkan di dalam bangunan berusia hampir 120 tahun yang dibina tahun 1883 berkonsep senibina British kuno jenis Art Dico. Subjek Sejarah kan dah jadi subjek wajib, jadi kena lebih  cakna.... 
Destinasi seterusnya kami Kuala Kangsar melihat orang membuat labu sayong. Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan kraftangan yang sangat popular bagi masyarakat di daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Khasiat minum air dari bekas tanah liat ini memang tidak boleh dinafikan kerana diikatakan boleh menyejukkan badan serta membuat toksin dari badan...ehh..ye ker...?
Banyak dah perkongsian pengalaman. Ni lah dia jauh perjalanan luas pengalaman.  Destinasi yang seterusnya ialah ke negeri Pahang pula iaitu Cameron Hinghlands. Perjalanan sejauh 120 KM melalui Simpang Pulai. Kami sampai di Brinchang pada jam 8.00 pm. Sampai jer kat tempat sejuk apa lagi perut pun terus berkeroncong. Azim (Driver) macam faham-faham jer terus bawa kami ke pasar malam di sana dan kami terus membeli makanan kegemaran masing-masing dan setelah selesai membeli kami terus ke penginapan di Appartment Desa Anthrium di Tanah Rata.
Landing time......zzzzzzz.....................

Fuhhh...yooo....keluar asap kat mulut....dok sejuk mana pung!. Banyak sangat eksploitasi pembangunan dan penerokaan kawasan bukit menyebabkan Cameron tak sesejuk 10 tahun yang lalu.
Destinasi kami yang seterusnya pada hari ketiga ini ialah Agro Technology Park (Mardi) Memang best macam-macam ada. Tak sangka kami jumpa Miss Kathy kat sini. Kecil jer Malaysia ni. Kat Mardi ni kami dapat lihat macam-macam dengan harga tiket RM40 untuk sebuah bas. Sesangat berbaloi ada kebun strawbery, Ros, sayuran, Apple, Pear, Teh, Rumah dan Taman Inggeris, Taman Herba, ratusan jenis bunga-bungaan dan bermacam lagi.
Destinasi berikutnya sebelum ke ladang teh kami ke beberapa buah stesyen jualan hasil produk Cameron Hinghlands. Shopping time.. kalau boleh sekedai nak dibeli bebudak ni. Lum kerja lagi dah berbelanja sakan. Ni lah rezeki melimpah ruah yang Allah beri dan patut kita syukuri....

Destinansi terakhir kami ialah ke ladang Teh  di Cameron Valley, Bharat Plantation.  Indahnya permandangan hijau ladang teh  ini, cukup menarik dan menenangkan. Ditambah pulak dgn suhu yg sejuk, ada pulak angin yang bertiup, memang breathtaking. Mahu jer rasanya nak lepak lama- lama just to enjoy the view, sambil tenangkan fikiran. Menurut pemilik ladang teh yang luas ini bahawa pokok teh ini telah berusia lebih 80 tahun dan boleh menjangkau ratusan tahun. Menurutnya lagi teh adalah minuman yang terbaik dan bersifat antioksidan. Teh baik diminum panas dan khasiatnya akan hilang bila  dibiarkan sejuk selama berjam-jam.Sebab tu la orang melayu kita ni tak buleh minum teh takut angin lah padahal teh tu tidak diminum masa panas di biarkan sejuk tu yang hilang khasiatnya.oo...baru tau. Tips dari pemilik ladang. Teh juga elok diminum tanpa gula. Seuncang teh hanya untuk hidangan secawan teh kalau teh untuk pot  hanya untuk 2 cup sahaja kalau tidak khasiatnya tarak...kita kalau buleh jimat sungguh  seuncang bleh buat seteko or sejag padan la kita minum perisa gula jer ...he..he..
Wokeh la. Jalan pun sudah, shopping pun sudah, cuci mata pun dah, pokai dah...sampailah masa untuk berangkat pulang ke Dungun. Jauhnyer perghh.... 4-5 jam lagi baru sampai Dungun ni.
Alhamdulillah kami semua selamart sampai di perkarangan SMK Sultan Omar Jam 10.45 pm.
Banyak da perkongsian...kita ini penat da. Jumpa lagi di lain episode lawatan.... have a nice day.







2 ulasan:

  1. Sangat menarik untuk dibaca

    terimakash pak

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    BalasPadam