SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Isnin, 9 April 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PSS ABAD KE-21



GURU Perpustakaan dan Media (GPM), Puan Norhayati binti Abdul Rajak mengikuti Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21 Zon Timur pada 27 hingga 30 Mac lalu. Bengkel tersebut diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Pahang.


Peserta Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21:
Zon Timur pada 27 - 30 Mac 2012 di BTPN Pahang

Dalam bengkel itu, Puan Norhayati bersama dengan GPM lain dari diberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan (pedagogi, pengisian) dan kemahiran berkaitan peranan mereka dalam pengurusan perubahan agar pembudayaan literasi maklumat di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dengan bengkel itu diharapkan semua GPM mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif PSS yang menjurus kepada pengurusan PSS abad ke-21 yang dikenali sebagai Pusat Sumber Digital atau Pusat Sumber merentas sempadan dan masa (ubiquitous).

Bengkel tersebut merupakan satu daripada siri pendedahan kepada seramai 300 GPM dan 60 pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru di seluruh negara mengikut zon.

Pada akhir bengkel, semua peserta menghasilkan Portal Pusat Sumber Sekolah masing-masing yang dirangkaikan melalui Portal Pengurusan Sumber Pendidikan (http://bibliografi.moe.edu.my) agar dapat mewujudkan satu rangkaian Pusat Sumber Digital yang komprehensif dan dapat diakses pada bila-bila masa di mana-mana jua berdasarkan konsepubiquitous library. Dengan kewujudan portal ini, murid dan guru dapat menggunakan kemudahan sumber pendidikan berbentuk digital dengan optimum. Hasrat untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat atau nadi ilmu di sekolah akan tercapai dan lebih bermakna tanpa sebarang batasan waktu atau ruang yang memberi nilai tambah (added value) kepada Pusat Sumber Sekolah Induk dan rangkaiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan