SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Khamis, 16 Februari 2012

PENGAWAS PSS MELAWAT SAMBIL BELAJAR

16 FEBRUARI 2012 - PSS mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Marang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pada hari ini.

Lawatan yang disertai oleh semua Pengawas PSS itu diiringi oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Noorhayati binti Abdul Rajak dan Penyelaras Perpustakaan, Puan Anizah binti Mat Ali.


Lawatan ke Penjara Marang diharapkan dapat membina kesedaran dalam kalangan Pengawas PSS agar tidak terjebak dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang, manakala lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu untuk membolehkan pelajar menimba pengetahuan tentang ruang lingkup tugas pustakawan dan peranan perpustakaan kepada masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan