SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Isnin, 18 Mac 2013

PROGRAM LAWATAN KE RUMAH EHSAN BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH DAN TAMAN REKREASI & MINI ZOO KEMAMAN.

             
Pada 5 Februari 2013 bersamaan hari selasa ,seramai 37 orang Pengawas Pusat bersama 2 orang guru pengiring telah mengadakan kunjungan muhibbah ke Rumah Ehsan iaitu rumah yang menempatkan warga tua yang terlantar dan memerlukan perhatian.
Dibawah adalah kronologi  lawatan sepanjang  4 jam kami berada disana.
8.00 pagi             
Kami semua berkumpul di perkarangan SMK Sultan Omar untuk bertolak ke destinasi yang dituju iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kami berangkat dengan menaiki bus milik SMK Tengku  Intan Zaharah.
9.00 pagi – 1.30 tengahari
Sampai diperkarangan Rumah Ehsan, Bandar AlMuktafi Billah Shah. Kami telah disambut oleh pegawai yang bertugas dan kami terus dibawa masuk ke bilik taklimat untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah yang menempatkan warga emas ini.


                  
Setiap Pengawas PSS telah diberi tugasan untuk menyampaikan sedikit cederahati (sepaket biskut dan sehelai tuala muka) untuk disampaikan kepada penghuni Rumah Ehsan.  Kami sangat teruja untuk bertemu dengan bakal nenek dan datuk angkat kami.


Suasana nyaman dan segar di sekitar Rumah Ehsan ini membuatkan kami rasa tenang dan percaya warga di sini juga merasa selesa.  Kami tidak dibenarkan untuk merakamkan wajah-wajah warga disini kerana hal ini dikuatiri boleh mengaibkan pihak-pihak tertentu.

Sayu rasa hati kami tatkala menatap wajah-wajah yang sudah dimamah usia dan memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang.  Hanya beberapa orang daripada mereka sahaja yang boleh menguruskan diri yang lain harus dibantu kerana keuzuran. Bila mendengar kisah-kisah hidup mereka memang sangat mengharukan. Ada yang berlatarbelakangkan orang senang, berkerjaya, berpendidikan malah ada juga yang sebaliknya. Namun, bila disana mereka semua adalah senasib ditinggalkan oleh orang yang tersayang dan ada juga tidak berwaris. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.

Ada warga disini yang pemurung malah ada juga sangat ceria dan seronok dapat bersama kawan-kawan yang senasib dengan mereka. Mereka gembira menerima kunjungan daripada kami dan melayan kami dengan baik sepanjang sesi perkenalan ini.


Diakhir lawatan kami telah dihadiahkan dengan hasil seni lukisan batik karya seorang warga disini. Apa yang menariknya, lukisan ini dilukiskan oleh seorang penghuni yang hanya mampu berbaring namun tetap dapat menghasilkan karya yang mengkagumkan.
 Sebelum bertolak ke destinasi yang berikutnya kami, bersama pegawai –pegawai dari Rumah Ehsan  telah merakamkan gambar untuk kenangan. Terima kasih Rumah Ehsan kerana menerima kunjungan kami. InsyaAllah kami akan datang lagi.
Seterusnya kami bertolak ke destinasi yang berikutnya iaitu ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman.  Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.
2.30-4.30 petang
Sebaik sahaja sampai, kami berkumpul diperkarangan Mini Zoo untuk bergambar kenangan.


Seterusnya kami diberi kebebasan oleh guru pengiring untuk mengerak dalam kumpulan sendiri. sepanjang 2 jam lawatan di dalam Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini kami lihat terdapat banyak binatang yang ada disini seperti gajah, tapir, beruang, harimau, singa, reptiliar, burung-burung, orang Hutan dan bermacam-macam lagi.


Gambar ini diambil daripada jambatan gantung yang terletak betul-betul di atas sangkar harimau dan singa. Memang mencabar sungguh! Gerun pun ada. Tapi memang pengalaman yang sangat menyeronokkan.


Aksi seekor Tapir sedang berenang. Hanya ada sepasang Tapir (Tenuk) yang terdapat di dalam Mini Zoo ini.


Syoknyer depa tidoq..inilah gelagat sepasang singa sedang buat tahi mata. Singa ini ditempatkan didalam sangkar berkaca dan atasnya terbuka. Kita juga boleh melihatnya daripada jambatan gantung yang disediakan.
Setelah hampir 2 jam berkeliling di dalam Taman Rekreasi dan Mini Zoo ini tibalah masanya untuk kami berangkat pulang ke Dungun.
Perjalanan memakan masa selama 1 jam 15 minit.pada jam 5.45 petang, kami selamat sampai di perkarangan SMK Sultan Omar.Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan