PSS SMKSO, Dungun, Terengganu wujud semenjak kewujudan sekolah ini pada tahun 1959 sebagai Dungun English Secondary School (DESS) lagi. Ketika itu pusat ini dikenali sebagai Khutub Khanah dan kemudiannya Perpustakaan.
Lokasi asalnya adalah di Blok F (Blok Makmal Sains). Mulai tahun 2002, PSS dipindahkan ke Blok E (Blok Koperasi), terletak di tengah-tengah pusat pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ketika itu PSS hanya terdiri daripada dua buah bilik darjah untuk Perpustakaan, dan masing-masing sebuah bilik darjah untuk Alat Pandang Dengar dan Bahan Bantu Mengajar. Unit Nilai Ilmu Amalan Membaca (NILAM) beroperasi dengan Perpustakaan. Pada tahun 2003 PSS dinaiktarafkan dengan kemudahan hawa dingin dan lantai jubin, lalu Perpustakaan mendapat tambahan sebuah bilik darjah lagi, menjadi tiga buah semuanya. Pada tahun 2005 pula, Perpustakaan diberikan tambahan sebuah bilik darjah lagi.
Pada tahun 2002, PSS mendapat tambahan unit apabila Makmal ICT dibina. Mulai tahun 2007 pula, Pusat Akses Maklumat pula diwujudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan