SELAMAT DATANG. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. TARIKH KEMAS KINI: 06/04/2012

Khamis, 8 November 2012

MUZIUM DAERAH DUNGUN


MARI MELAWAT MUZIUM DUNGUN...


Anda tahu dimana letaknya Muzium Dungun?Tentu ramai yang kata tidak tahu atau tidak  pasti. Sebenarnya Muzium ini terletak tidak jauh daripada sekolah kita lebih kurang 1km saja boleh dijangkau dengan berjalan kaki pung.
Apa yang menariknya Muzium ini...?

Muzium ini sebenarnya adalah ilham hasil daripada Pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007 yang menekankan kepada penggalakan pelancongan peisisir pantai, pulau, budaya dan warisan. 

Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930-an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. Majlis ‘soft opening’ Muzium Daerah Dungun dilancarkan pada 19 Ogos 2008.

Dimanakah lokasinya...?

Terletak di Teluk Lipat atau lebih tepat lagi di hadapan TM point. Bangunan yang dahulunya menempatkan rumah Pegawai Daerah Dungun. Bangunan ini sekarang telah  berusia 71 tahun.

Banyak juga koleksi-koleksi khazanah daerah yang dipertontonkankan yang boleh menjadi rujukan terutama generasi muda yung kurang arif tentang sejarah daerah Dungun ini.  Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Jumaat dan hari kelepasan am. Apa lagi marilah kita beramai-ramai ke Muzium Daerah Dungun.

1 ulasan: